ABOUT LINKS TAG
about



Hari Lahir. // Friday, November 1, 2013
5:00 AM


Dengan sepasang sandal lusuh, blaus labuh yang dulunya kepunyaan kakak, hadiah murahan di tangan. Aku melangkah masuk ke sebuah teratak indah milik sa-orang sahabat sekelas ku. Kakinya yang mulus itu menari seiring dengan muzik jazz yang dimainkan. Ramai yang memandang dia. Aku tiada tandingnya dengan dia. Aku ke sini cuma ingin merasai apa itu majlis hari lahir. Hari lahir aku yang ke-17 di sambut dengan air jernih membasahi pipi sawo matang. Hanya 3 orang tetamu wajib ke hari lahir ku. Mak, Abah dan kakak. Kali ini aku mengerti. Majlis hari lahir yang disambut dengan penuh gilang. Belon warna - warni. Hadiah istimewa dari yang tersayang. Kek istimewa. Lilin menyala tercacak di atas kek. Dan tiupan lilin selepas lagu hari lahir dinyanyikan. Ini lah kali pertama aku merasai ini semua. Cuma kali ini. Selepas lilin ditiup riang. Susuk manis berblaus rona merah itu menari. Dengan pasangannya barangkali. Kaki yang di hiasi sepatu tinggi. Menari seiring dengan musik. Cukup indah. Aku hanya memandang dari luar perkarangan rumah. Dengan airmata berjuraian. Aku melangkah lemah. Meninggalkan hadiah murahan ku di pagar. Aku pergi.